Setelah lebih sebulan aku mereput duduk di rumah tak buat apa-apa bak kata mat salleh ‘couch potato’, akhirnya aku diajak oleh Syahmie bersama beberapa orang kawan-kawan aku yang lain iaitu Syahmi Fakhrullah, Abdul Muhaimin dan Salman untuk kami membuat persembahan nasyid sempena wedding cousin dia kat Kepong,KL.

Awalnya, Syahmie nak ajak group Unifi yg terdiri daripada Syahmie, aku, syakirin, Muhaimin dan Syahmi Fakhrullah. Tapi memandangkan Syakirin sedang berada di maktab sebab nak khatamkan Quran dia, jadi dia x dpt join. so ganti la dengan Salman. Kenduri tu hari Sabtu (14/1/2017) so kitorang kene gerak hari Jumaat (13/1/2017) sebab nk training lagu dll.

Aku excited jugak la sebab akhirnya aku dapat keluar dari rumah aku dan travel untuk ke rumah Syahmie di Ampang. Yang best nye sebab untuk ke Ampang aku perlu naik komuter dari UKM sampai TBS lepas tu tukar naik LRT sampai Chan Sow Lin dan akhirnya ke Ampang.

Jujurnya aku ni orang yang suka sangat nak travel, sebab tu nama blog ni kembara salihin. dan antara TV Show yg aku minat ialah pasal travel (x kesah la dlm Malaysia atau International) selain dokumentari. Dan antara yang aku follow ialah Mat Dan Kaki Jalan yang tengah viral sekarang.

Aku keluar dari rumah dalam pukul 6:55 pagi dan sampai kat KTM UKM dalam pukul 7:00 pagi (rumah aq 1km je dgn ktm tu). Seperti yang dirancang, train yg aku akan naik dlm pukul 7:15. Aq target yg aq akan sampai tbs dalam pukul 8 tapi hari tu aku sampai awal 15 minit. Oleh kerana aq belum sarapan, jadi aq pun beli dua roti gardenia sebagai sarapan aku.

for the first in forever, hari tu aku naik lrt. aq agak emazed jugak la sebab aku baru tunggu tak sampai seminit & then the train arrived. sangat berbeza bagi aku sebab selama ni naik komuter dlm 15 minit tunggu. kemudian sampai la aku ke stesen Chan Sow Lin utk pertukaran ke lrt ke ampang. Setibanya aku di CSL, ade train lain sampai, dlm fikiran aku itu train ke ampang kot. so tanpa berfikir panjang, aku melulu masuk.

masuk2 je, baru aku perasan yg train tu ke Putra Heights atau senang cerita train berpatah balik ke TBS. masa tu dlm pukul 7:50 pagi. so aku pun terpaksa berpatah balik ke CSL dengan aku turun di stesen Cheras.

Bila dah sampai Cheras, nak naik balik train ke CSL sangatla seksa. sampai je train, pergh penuh nak mampus. aku akhirnya masuk train yang ke-6 yg melewati stesen Cheras tu. bila tengok jam, dah pukul 8:50 pagi. sejam tersekat di Cheras, bisik hati aku.

dipendekkan cerita, aku tiba di Ampang dalam pukul 9:30 pagi. aku pun menunggu ketibaan Syahmi Fakhrullah memandangkan ayah dia yang hantar ke sana. Setelah berjumpa dengan Syahmi, aku ajak dia beli air mineral di Speedmart. aku pun beli lah 2 botol air mineral 1.5l untuk kami berdua. kemudian kami kembali ke stesen lrt Ampang.

selepas call Syahmie, dia mintak kami tunggu di Masjid Jami’ul Huda yg berdekatan dengan stesen lrt. bila naik jejantas, Syahmi memberikan botol air mineral yg aku belikan untuknya kepada seorang pengemis. Aku tersentap dengan tindakannya itu.

masjid
Masjid Jami’ul Huda
whatsapp-image-2017-01-14-at-08-07-04
aku bersama Syahmi Fakhrullah sedang menunggu Syahmie

Setelah kami tiba di Masjid Jami’ul Huda, kami solat sunat duha sementara menunggu ketibaan Syahmie bersama sepupunya yang bernama Farid. selepas menunngu lebih kurang 15 minit, Syahmie pun tiba lalu membawa kami berdua ke kondo arwah mak cik nya yang juga terletak di Ampang.

kondominium-kojaya-ampang-ampang-malaysia
ni lah kondo arwah mak cik syahmie tu…

Kondo tu menjadi tempat tidur kami untuk malam itu memandangkan rumah syahmie tak muat untuk menampung kami berempat (x termasuk Syahmie).

Bersambung…

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s