Selepas kami bertiga tiba di kondominium tersebut, kami berehat lebih kurang dua jam sebelum bertolak ke Masjid Jami’ul Huda untuk Solat Jumaat. Selepas solat, ayah Syahmie membawa kami ke rumahnya untuk makan tengah hari.

Seriously, masa tu aku berasa sangat lapar. ye lah pagi pun makan roti gardenia je kan… masa tu kami makan ayam masak lemak cili padi, ade sayur sikit dan daging masak dinding (x pasti la ejaan dia dendeng atau dinding). Daging dinding tu pergh memang 5 bintang aku kasi.

Lepas makan, ayah Syahmie bawa kami ke Ampang Point untuk beli barang dapur sikit. Dalam perjalanan, ayah syahmie singgah KPJ Ampang hantar mak Syahmie sebab dia ada kelas fisiologi. Adik Syahmie yang bongsu tu nangis pergh kuat gile… ayah dia nak keluar isi minyak pun nak nangis. tapi nasib baik dia jenis nangis kejap je.

bila dah sampai Ampang Point kami ke Giant. Aku cakap dengan Syahmie untuk beli snek sikit untuk kami makan ketika tinggal di kondo tu. Tapi aku x sure nak beli ape, last2 Syahmie ambik je Mister Potato sebab ayah dia dah kat kaunter nak bayar.

Setibanya kami di kondo tu, cuba bukak PS yang ade tu dan main game perang sikit. Sejujurnya aku bukanlah orang yang suka main game sebab buang masa dan aku tak reti main game yg dahsyat2 sangat macam DOTA2 ataupun FIFA17. Kemudian, Salman pun tiba di kondo tu. Kami meneruskan aktiviti ‘couch potato’ kami di sana.

Lepas Solat Asar, kami bercadang untuk turun beli makanan sikit sebab dah lapar. Alhamdulillah, ade jugak kedai runcit kat bawah kondo tu. Kalau tak de, jenuh nak berjalan kaki dalam 500 meter untuk ke kedai terdekat.

Kami tunggu Muhaimin sangat lama. Akhirnya dalam pukul 9 dia pun tiba. ye aku paham yang dia baru habis kem MHI tu. Sampai je Muhaimin, kami terus bergerak ke rumah Syahmie untuk dinner. Malam tu kami dinner Nasi Tomato yang dibuat oleh bibik Syahmie.

Kami kembali ke kondo tu untuk mulakan training. Dalam pukul 11 jugak baru start. Lagu pertama iaitu Sedalam-dalam Rindu oleh Tajul dan lagu kedua acapella Barakallah oleh Maher Zain.

Dalam pukul 12:30 malam, aku & Syahmie masak Mi Sedaap sebagai supper. Lepas makan terus tidur kat ruang tamu. Aku menyesal betul makan Mi Sedaap tu sebab aku dah hancurkan diet aku untuk kurus.

Keesokan paginya selepas Solat Subuh, kami menyambung training kami yang belum habis lagi tu. Ayah Syahmie call memberitahu kami yang dia akan datang tak lama lagi untuk bawa kami sarapan di rumah sebelum bertolak ke tempat kenduri.

Kami agak kelam-kabut memandangkan kami semua belum mandi lagi ketika itu. tot tet tot tet kami pun siap dalam pukul 9:30 pagi. Pagi tu kami sarapan roti canai. Bagi aku, macam biasa lah kasi banjir itu roti…

Kami pun bergerak ke Balai Adat Gelanggang Silat Tok Cindai, Kepong (tempat kenduri), dalam pukul 10:30 dan tiba di sana dalam pukul 12:00 tengah hari selepas singgah di FRIM untuk pakaian Tanjak, Sampin dan Bengkung yang disewa khas oleh mak Syahmie.

cins
ni lah Balai Adat Gelanggang Silat Tok Cindai
whatsapp-image-2017-01-14-at-15-22-17
Ada macam Hang Tuah 5 bersaudara tak?

Bersambung…

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s