Format SPM untuk Bahasa Arab :

Kertas 1

-80 Markah

-masa 1 jam 15 minit

-lebih kepada fakta berkenaan mufradat, nahu, saraf dan balaghah

Kertas 2

-100 Markah

-masa 2 jam 30 minit

-lebih kepada pembinaan ayat dalam pelbagai komponen seperti penulisan karangan (insya’), menjawab soalan petikan, menulis surat/emel, menghuraikan kata2 hikmah dan membina ayat dalam konteks nahu, saraf dan balaghah

Bahasa Arab SPM boleh dikategorikan kepada 4 bahagian:

  1. Mufradat
  2. Nahu
  3. Saraf
  4. Balaghah

Mufradat ialah pengetahuan tentang kalimah2 bahasa arab seperti muradif (sinonim) dan mudhad (antonim).

Nahu ialah tatabahasa dalam bahasa arab (ia lebih kepada komponen sesuatu ayat) seperti munada (kata seruan).

Saraf ialah ilmu tentang pembinaan dan asal sesuatu kalimah (juga dianggap sebagai tatabahasa) seperti masdar (kata terbitan).

Balaghah ialah gaya bahasa dalam bahasa arab seperti tasybih (perumpamaan).

Antara empat komponen Bahasa Arab SPM, yang paling penting ialah mufradat kerana ia merupakan asas untuk memahami dan mempelajari Bahasa Arab.

Jika anda masih lagi kurang jelas, jangan risau… Ini hanyalah ringkasan kepada pelajaran Bahasa Arab SPM.

Insya Allah penerangan tajuk2 Bahasa Arab SPM akan menyusul kemudian…

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s