Show nasyid di kenduri cousin Syahmie (part 3)

Setibanya kami di tempat majlis, kami dimalumkan bahawa pengantin akan sampai dalam pukul 12:30 tengah hari. Jadi, kami pun stand by lah dkt tempat yang kami akan nyanyi nanti di samping buat last preparation untuk show kami.

Kami juga diminta untuk mengiringi perarakan masuk pengantin dengan selawat. Tapi macam biasa lah orang Melayu, kata 12:30 sampai last2 1:20 baru sampai. bukan tu  je, bila pengantin masuk, selawat kami tu dicancelkan sebab clash dengan silat. aku pun hmmm…

Tema kenduri tu tradisional, tapi memang terkejut jugak aku sebab dahsyat sangat kenduri tu. keluarga terdekat semua pakai tanjak dgn sampin. ingatkan kitorang je pakai. pengantin, fuhh lagilah meriah. dengan show silatnya, tariannya dgn nasyid kitorang lagi. Dalam fikiran aku pikir 1 bende je, kos kenduri ni yang aku jangkakan sangatla mahal.

Kami pun tunggu la di samping abang dj sebab que nasyid kami lepas show silat dan menari ketika pengantin makan beradab. tiba2, kami punya que sebelum 2 show tu. aku agak risau jugakla sebab kami belum buat last preparation untuk lagu show. Kami cuma buat untuk selawat je.

Kami pun start la show kami. Tapi kami dengar music sangatla kuat sehingga menenggelamkan suara kami. Masa acapella, aku ade spoil sikit sebab aku tak ingat lirik. Bukan kali pertama aku tak ingat lirik, dah banyak kali dah.

Habis je show, kitorang rasa sangat lega. Dan kami pun makan. Sebelum show tu, beg Salman hilang. Dalam beg tu ade smartphone & dompet kami semua kecuali Syahmie. kitorang pun pikir yg abg Farid pegang kot. Rupa-rupanya beg kami tu tertinggal kat meja. Alhamdulillah, ade orang tolong bawakan beg tu ke meja dj untuk makluman beg hilang ketika kami habis makan.

Kitorang makan kat atas satu wakaf. Wakaf tu belakang meja dj dan dipenuhi oleh budak2, kami dan pesilat. tiba2, ade sorang anak mat salleh datang ke arah kami dan menyusun gelas2 kosong menjadi tinggi seperti menara. Aku pun pegang2 la gelas tu takut pecah. Yang kelakarnya, dia ambik gelas orang lain yang ade air lepas tu dia minum dan susun lagi pada menara gelas kaca. Ayah dia tu pesilat kat Gelanggang tu. Dia tengok je gelagat anak dia tu. Memang comel.

Lepas makan kami pun bersolat Zohor di sebuah surau berdekatan. Surau tu dari luar nampak biasa2 je, tapi bila masuk dalam memang pergh… Kami lepak di surau tu sehingga usai Solat Asar.

Kami bertolak balik ke rumah syahmie dengan family dia  sekali. kira2 10 orang jugak. haha… cua teka macam mana kitorang muat?  Mak Syahmie suruh lipat seat tengah & belakang lepas tu kitorang ramai2 bersila atas seat tu.

sampai rumah Syahmie dalam pukul 6:10 petang, jadi kami pun ambik beg kami di rumah Syahmie dan terus bergerak ke LRT Ampang untuk balik. Selepas mengucapkan farewell kepada Syahmie, kami pun naik lrt. Masa tu aku sorang je yang tukar baju yang lain masih setia dengan baju melayu.

masa dalam train kitorang nyanyi sikit buat macam train tu kami yang punya. hahahaha.

Akhirnya, aku tiba di rumah pada pukul 8 malam.

Tamat

whatsapp-image-2017-01-14-at-15-25-17
selepas makan…
whatsapp-image-2017-01-14-at-15-26-29
sebelum bergerak ke surau untuk solat

 

Leave a comment